Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara motivasi berdasarkan faktor jantina. Hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara daya tahan berdasarkan faktor jantina pelajar. Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan linear positif yang kuat dan signifikan antara daya tahan dengan motivasi pelajar KUIM sepanjang pembelajaran dalam talian semasa pandemik. Dapatan kajian mendapati pelajar KUIM memiliki tahap daya tahan dan tahap motivasi yang tinggi sepanjang pembelajaran dalam talian semasa pandemik. (2011) dan motivasi pelajar pula diukur dengan menggunakan Soal selidik Motivated Strategies for Learning (MSLQ) oleh Pintrich et al. Daya tahan pelajar telah diukur dengan menggunakan Soal selidik Ketahanan Kendiri (SKD) yang diterjemahkan oleh Amalia et al. Seramai 278 pelajar KUIM telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berkelompok. Data kajian adalah berbentuk kuantitatif yang dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif dan inferensi. Kajian ini berbentuk kajian kes dengan memilih sebuah IPT iaitu KUIM sebagai satu organisasi kajian dan data dikumpulkan melalui kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara daya tahan dengan motivasi pelajar sepanjang pembelajaran dalam talian semasa pandemik.
0 Comments
Leave a Reply. |
Details
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |